Tuesday 28 February 2017

Nokia 3310 (2017), Retro Yang Diperbaharu

Assalamualaikum, bagi peminat pengeluar telefon bimbit yang terhebat suatu masa dahulu, Nokia kini kembali ke pasaran telefon pintar dengan beberapa model telefon pintar dan juga sebuah telefon yang membawa nostalgia ke tahun 2000, iaitu Nokia 3310 (2017).

Di Mobile World Congress (MWC) 2017 di Barcelona, Nokia yang kini dibawah HMD Global memulakan generasi baru Nokia dengan satu permulaan yang 'segar', Nokia mengumumkan 3 Jenis telefon pintar iaitu Nokia 6, Nokia 5 dan Nokia 3 dan juga sebuah feature phone Nokia 3310. Mungkin bagi sesetengah pengguna Smartfon tidak tergugat mahupun terkesan dengan kehadiran Nokia 3310 versi baru ini, tetapi bagi penggemar teknologi, seperti saya sendiri atau suka mengimbau kenangan, kehadiran kembali telefon bimbit ini dinantikan.

Nokia 3310 (2017)


Saya tahu, ianya tidak dapat menggantikan smartfon yang sedia ada pada kita, tetapi ianya sebuah penghargaan bagi lagenda telefon bimbit ini yang cukup dikenali dengan ketahanan bateri mahupun ketahanan fizikalnya. Ianya satu keterujaan melihat telefon bimbit yang pernah menjadi kegilaan pengguna telefon bimbit di awal kemunculannya dan kini muncul di dalam spesifikasi dan generasi yang baru, Nokia 3310 versi baru ini bukanlah sebuah prototaip atau untuk tujuan demo, tetapi ianya adalah telefon bimbit yang sebenar dan akan dipasarkan keseluruh dunia sedikit masa lagi.


Saiz telefon bimbit ini kecil seperti yang lama, cuma rekaan badannya dimodenkan untuk memastikan ianya merupakan model 2017 dan bukannya barang yang lama. Skrinnya telah dibesarkan dan dinaik taraf ke skrin berwarna berbanding hitam dan putih pada model yang lama, malah terdapat juga kamera dibelakangnya, dan ianya asas sahaja. Beratnya lebih 40% lebih ringan dari model yang lama. Jika dibandingkan dengan mana-mana smartfon pada hari ini, Nokia 3310  ini turut kelihatan menyerlah .

Nokia 3310 (2017) dan Nokia 3310


Berita baiknya, game yang didatangkan khas di dalam telefon bimbit ini tidak lain dan tidak bukan game 'snake' yang bagi saya permainan yang agak mencabar juga di dalam versi yang baru. Bagi pengguna telefon bimbit ini di Malaysia terutamanya cukup handal menaip mesej di telefon bimbit ini biarpun tanpa melihat, jika dilihat spesifikasi yang baru ini ianya mengguna pakai sistem operasi Nokia series 30, skrin bersaiz 2.4' inci QVGA, bateri bersaiz 1200mAh yang boleh ditukar, berkamera 2 MP dengan flash LED, memori terbina 16MB dengan sokongan kad Mikro SD sehingga 32GB, dan peyambungan bluetooth serta pengecasan menggunakan Mikro-USB (2.0). 

Gameplay Snake pada Nokia 3310 dan Nokia 3310 (2017)

Nokia 3310 ini didatangkan di dalam 4 variasi warna iaitu, Warm Red (Glossy), Dark Blue (Matte), Yellow ( Glossy) dan Grey (Matte).



Walaupun pada hakikatnya ia tidak mungkin menggantikan smartfon yang sedia ada, ataupun terjual dalam jumlah yang besar, mungkin ianya hanya sebagai backup phone, dan yang paling penting ianya merupakan sebuah kenangan silam yang dihasilkan untuk pencinta barang-barang lama, dibina oleh jenama kesayangan dalam pasaran. Mungkin ada lagi yang mengguna jenama Blackberry memilih untuk membelinya sebagai kenangan, dan kini bagi peminat Nokia pula inilah kenangannya.




Mungkin anda juga salah seorang yang teruja dengan kemunculan kembali Nokia 3310 versi 2017 ini seperti saya, apatah lagi saya sendiri yang tidak pernah merasa untuk menggunakannya pada model yang terdahulu. tuliskan diruangan komen sekiranya anda ingin berkongsikan pendapat anda, Assalamualaikum.

Wednesday 15 February 2017

Timeline Gajet Part 1

Assalamualaikum, ini ada penulisan saya yang pertama di dalam blog saya yang telah diubah konsepnya kepada blog mengenai teknologi.Untuk penulisan pertama ini saya ingin kongsikan mengenai telefon bimbit dan telefon pintar yang pernah dan sedang saya gunakan pada hari ini. Saya merupakan seorang yang sangat meminati gajet dan teknologi serta selalu mengambil tahu mengenai perkembangan teknologi. Jika kita menggunakan teknologi dengan sebaiknya, tiada masalah asalkan tidak menyebabkan kita lupa dengan tanggungjawab.

Kali pertama saya memiliki telefon bimbit sendiri menggunakan duit simpanan adalah pada tahun 2005 ketika itu saya belajar di tingkatan tiga. Masa tu memang tengah "panas" dengan telefon Nokia, rata-rata memang pakai telefon bimbit berjenama Nokia, sebaliknya Nokia bukanlah jenama telefon bimbit yang pertama saya gunakan tetapi Motorola! Ya, Motorola C380 dengan harga RM300 antara model-model telefon bimbit dengan skrin berwarna (masa ni zaman skrin warna) selain dari Nokia 3100 (bukan Nokia 3310 yang legend baling anjing tu tu).
Nokia 6100 & Motorola C380
Motorola C380
Papan kekunci pada motorola C380
Butang navigasi pada Motorola C380
Bahagian bawah : Headphone jack, lubang pengecasan, dan mini usb untuk sambungan ke komputer 
Motorola C385 dengan biru dan hitam,




Nokia 6070
Saya menggunakan telefon bimbit ini selama dua tahun sebagai daily driver saya, display pada Motorola C380 beresolusi 128 x 128 pixels, berteknologi TFT, bateri berkapaisiti 600 mAh dan boleh diganti dan mengikut pengalaman dan penggunaan saya ketika itu mampu mencapai 4 jam waktu bercakap dan 9 hari tanpa penggunaan maksimum, terdapat ringtone polyphonic serta boleh memuatkan mp3 muzik sebagai ringtone, dan spesifikasinya setanding dengan Nokia 3100 pada masa itu. Seterusnya, pada tahun 2007, buat pertama kalinya, saya menggunakan telefon bimbit berjenama Nokia! ianya adalah hadiah pada hari jadi saya yang ke 17 oleh mak saya, Telefon model Nokia 6070 yang menggunakan OS ( Operating System) Series 40 dari Nokia antara model yang terawal menggunakan OS pada telefon bimbit ( masa ni tak wujud lagi Android ataupun iOS), Telefon ini didatangkan dengan skrin bersaiz 1.8" inci, beresolusi 128 x 160 pixels mempunyai kamera VGA di bahagian belakang, mampu merakamkan 0.3MP video, Stereo FM terbina serta mempunyai teknologi IR (Infra Red) untuk perkongian gambar atau video, ini merupakan antara features terbaru pada telefon bimbit ketika itu (Bluetooth tak banyak model yang ada lagi). Telefon bimbit ini mengguna pakai mini sim.
Nokia 6070


Bahagian atas Nokia 6070 terdapat butang kuasa.


Bahagian kanannya ada penyambung IR (Infra Merah)

Tetapi sayangnya saya tak dapat menggunakannya dalam masa yang lama kerana telefon Nokia 6070 ni telah pun dicuri kerana rumah saya telah dimasuki pencuri semasa saya berada di asrama ketika itu. Saya terkejut selepas diberitahu oleh mak saya selepas balik bercuti, dan saya menerima kejutan  yang lain kerana mak menggantikan 'sesuatu' sebagai ganti, dan ianya model Nokia 6085.
Nokia 6085
kiri: pandangan ketika ditutup . kanan: pandangan sewaktu dibuka
Nokia 6085 merupakan telefon bimbit jenis clamshell, satu rekaan yang cukup dikenali pada jenama Samsung pada ketika itu (Samsung terkenal dengan model lipat-lipat macam ni dulu),bermula dari sinilah datangnya minat saya kepada jenama Nokia. Rekaan Nokia 6085 nampak elegan, saiz skrin sama seperti model Nokia 6070, 1.8" inci, beresolusi 128 x 160 pixels, skrin kedua di luar  pula beresolusi 96 x 68 pixels, ianya memaparkan waktu, sms dan notifikasi-notifikasi yang lain. Nokia 6085 menjalankan OS Series 40 dari Nokia, dengan model warna hitam dan silver, telefon ini menyokong penggunaan tema dan juga wallpaper, Kamera VGA yang boleh mengambil gambar swafoto ketika dalam keadaan terlipat, memori terbina pada telefon ini ialah 4 MB dan ianya menyokong kad micro SD sehingga 2GB, terdapat juga sambungan Bluetooth pada telefon ini. Sememangnya satu pengalaman yang berlainan ketika saya menggunakannya. 
Skrin kedua memaparkan notifikasi panggilan, mesej dan bateri.

Skrin memaparkan waktu.


Saya menggunakan telefon Nokia 6085 sehinggalah pada tahun 2009, ketika itu saya belajar di kolej dan mula berlaku masalah pada skrin telefon kerana kerap kali dibuka tutup untuk membalas mesej (antara kelemahan model clamshell) kemudiannya saya menggunakan telefon bimbit Nokia 6680 sebagai backup phone.
Nokia 6680
Nokia 6680 merupakan telefon bimbit pertama dari Nokia yang menyokong rangkaian 3G, Telefon Nokia 6680 ini mempunyai skrin bersaiz 2.1" inci, beresolusi 176 x 208 pixels, Model ini dijalankan oleh Symbian OS 8.0a, Series 60(S60) UI (OS yang mempunyai features yang lebih dari series 40) serta telefon bimbit pertama dari Nokia yang mempunyai kamera hadapan VGA untuk panggilan video serta kamera utama beresolusi 1.3 megapiksel beserta LED flash.  Memori terbina telefon ini ialah 10 MB dan menyokong tambahan memori menggunakan Mini SD kad sehingga 2GB, memang ternampak dari rekaannya untuk pasaran bagi 'Businessman'. Telefon ini berpindah milik kepada saya kerana ayah membeli telefon bimbit baru. model ini tidak semegah adiknya iaitu Nokia N70 ( permulaan bagi N Series bagi Nokia)
Nokia N70





biarpun begitu ianya antara model yang terbaik didalam kelasnya. Jadi apakah gajet saya yang seterusnya, ikuti sambungannya dalam bahagian 2 bersama saya Azwan Joha. Assalamualaikum.