Tuesday 28 February 2017

Nokia 3310 (2017), Retro Yang Diperbaharu

Assalamualaikum, bagi peminat pengeluar telefon bimbit yang terhebat suatu masa dahulu, Nokia kini kembali ke pasaran telefon pintar dengan beberapa model telefon pintar dan juga sebuah telefon yang membawa nostalgia ke tahun 2000, iaitu Nokia 3310 (2017).

Di Mobile World Congress (MWC) 2017 di Barcelona, Nokia yang kini dibawah HMD Global memulakan generasi baru Nokia dengan satu permulaan yang 'segar', Nokia mengumumkan 3 Jenis telefon pintar iaitu Nokia 6, Nokia 5 dan Nokia 3 dan juga sebuah feature phone Nokia 3310. Mungkin bagi sesetengah pengguna Smartfon tidak tergugat mahupun terkesan dengan kehadiran Nokia 3310 versi baru ini, tetapi bagi penggemar teknologi, seperti saya sendiri atau suka mengimbau kenangan, kehadiran kembali telefon bimbit ini dinantikan.

Nokia 3310 (2017)


Saya tahu, ianya tidak dapat menggantikan smartfon yang sedia ada pada kita, tetapi ianya sebuah penghargaan bagi lagenda telefon bimbit ini yang cukup dikenali dengan ketahanan bateri mahupun ketahanan fizikalnya. Ianya satu keterujaan melihat telefon bimbit yang pernah menjadi kegilaan pengguna telefon bimbit di awal kemunculannya dan kini muncul di dalam spesifikasi dan generasi yang baru, Nokia 3310 versi baru ini bukanlah sebuah prototaip atau untuk tujuan demo, tetapi ianya adalah telefon bimbit yang sebenar dan akan dipasarkan keseluruh dunia sedikit masa lagi.


Saiz telefon bimbit ini kecil seperti yang lama, cuma rekaan badannya dimodenkan untuk memastikan ianya merupakan model 2017 dan bukannya barang yang lama. Skrinnya telah dibesarkan dan dinaik taraf ke skrin berwarna berbanding hitam dan putih pada model yang lama, malah terdapat juga kamera dibelakangnya, dan ianya asas sahaja. Beratnya lebih 40% lebih ringan dari model yang lama. Jika dibandingkan dengan mana-mana smartfon pada hari ini, Nokia 3310  ini turut kelihatan menyerlah .

Nokia 3310 (2017) dan Nokia 3310


Berita baiknya, game yang didatangkan khas di dalam telefon bimbit ini tidak lain dan tidak bukan game 'snake' yang bagi saya permainan yang agak mencabar juga di dalam versi yang baru. Bagi pengguna telefon bimbit ini di Malaysia terutamanya cukup handal menaip mesej di telefon bimbit ini biarpun tanpa melihat, jika dilihat spesifikasi yang baru ini ianya mengguna pakai sistem operasi Nokia series 30, skrin bersaiz 2.4' inci QVGA, bateri bersaiz 1200mAh yang boleh ditukar, berkamera 2 MP dengan flash LED, memori terbina 16MB dengan sokongan kad Mikro SD sehingga 32GB, dan peyambungan bluetooth serta pengecasan menggunakan Mikro-USB (2.0). 

Gameplay Snake pada Nokia 3310 dan Nokia 3310 (2017)

Nokia 3310 ini didatangkan di dalam 4 variasi warna iaitu, Warm Red (Glossy), Dark Blue (Matte), Yellow ( Glossy) dan Grey (Matte).



Walaupun pada hakikatnya ia tidak mungkin menggantikan smartfon yang sedia ada, ataupun terjual dalam jumlah yang besar, mungkin ianya hanya sebagai backup phone, dan yang paling penting ianya merupakan sebuah kenangan silam yang dihasilkan untuk pencinta barang-barang lama, dibina oleh jenama kesayangan dalam pasaran. Mungkin ada lagi yang mengguna jenama Blackberry memilih untuk membelinya sebagai kenangan, dan kini bagi peminat Nokia pula inilah kenangannya.




Mungkin anda juga salah seorang yang teruja dengan kemunculan kembali Nokia 3310 versi 2017 ini seperti saya, apatah lagi saya sendiri yang tidak pernah merasa untuk menggunakannya pada model yang terdahulu. tuliskan diruangan komen sekiranya anda ingin berkongsikan pendapat anda, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment